Monday, April 18, 2011

SELAGI ADA RINDU~Buah tangan keduaku buat pembaca semua.

Syukur ke hadrat Ilahi kerna aku masih bisa mencoretkan sebuah naskah kehidupan di dalam bentuk penulisan. Gembira yang tak terhingga bila manuskripku yang kedua ini mendapat green light tuk diterbitkan. Segala penat lelah dan cabaran serta dugaan ketika mahu menyiapkan naskah ini terbalas sudah. Alhamdulillah... Segala puji bagi Allah... Sekiranya terdapat kekurangan, itu pasti dari kealpaan saya. Sekiranya novel ini tidak menepati citarasa anda, saya dahulu dengan ungkapan maaf. Saya insan biasa yang tak mampu memenuhi setiap 'genre' hati. Insya-Allah, akan saya perbaiki dari masa ke semasa.

Setahun sudah berlalu...

As salam... Hmm, dah lama tak jenguk blog ni. Langsung tak berkesempatan nak update kat sini. Terlalu sibuk. Sibuk dengan apa pun, entahlah... Yang pasti, sibuk dengan kerja salah satunya. Sibuk dengan anak-anak juga. Masing-masing tengah membesar dan bayak juga kerenahnya. Rasa tercabar dan dicabar adakalanya dalam menangani kerenah mereka. Insya-Allah... Jika berkesempatan, akan saya update blog ini...

Tuesday, August 17, 2010

Besday's boy-Azri

Wah! Seriusnya muka adik! Taulah puasa... haha

Selamat Hari Lahir Azri

Hari ni, 18/08/2010, genap umur anakku yg kedua 7 tahun. Selamat Hari Lahir... Moga Azri jadi anak yg solih, elok pekerti dan bijak... Be good ok. Ibu doakan anak-anak ibu akan berjaya dalam hidup dan sentiasa berada dalam lindungan yang maha Esa... Jangan nakal-nakal sangat ya! Nanti ibu sakit kepala dibuatnya...

Monday, June 28, 2010

BANJIR!

Salam semua!!!
Aduhai... tak larat rasanya meredah air lg. Tapi apakan daya, kena redah jugak. Sebenarnya dari hari Sabtu lagi air dah start bertakung di kawasan rumah... Tapi, takat tu ajelah... Semalam, hari Ahad dah mula meresap sikit-sikit kat dalam rumah... Pun masih boleh bertenang.
Hari ni keje. Tapi hati rasa lain macam aje. Terus ambik cuti separuh hari. Sampai rumah jek, tengok dapur dah rata air. Adeh! Nak demam dah rasa badan. Kena pulak berendam dalam air, paling tak suka.
Bermulalah proses mengemas dan memindahkan barang ke tempat yang lebih tinggi. Nasib baik selepas banjir besar tahun 2006 dulu, banyak barang2 memang dah simpan dalam kotak. Senang sikit kerja. Langkah berjaga-jaga sebenarnya.
Letih! Tak usah cakaplah. Rasa nak tercabut urat pinggang. Tapi tetap tak boleh nak berehat. Anak-anak tetap kena pantau. Pantang lepa. Asyik nak main air aje. Tu yang risau dibuatnya.
Harap-harap banjir kali ni taklah teruk sangat. Dah tak larat!!!!

Monday, June 21, 2010

MPH MIDVALLEY (19/06/2010)-satu kenangan terindah.






Salam semua!!!
Event di MPH MIDVALLEY telah memberikan aku pengalaman yang begitu berharga. Ini pengalaman pertamaku berinterksi secara terbuka di depan public. Wah! Gementar sangat. Tapi, Alhamdulillah, aku kira semuanya berjalan lancar.
Berkesempatan bertemu dengan 2 orang lagi penulis. Resmanshah dan Mersik Romoyu. Resmanshah pernah aku temui ketika di pesta buku di PWTC pada bulan Mac yang lalu. Sekali lagi kita bertemu. Manakala Mersik Romoyu, inilah kali pertama kami bertemu. Tak banyak yang kami bicarakan disebabkan kekangan masa. Yang seronoknya, Mersik Romoyu juga berasal dari Batu Pahat. Sedaerah kita!
Juga aku berkesempatan bertemu dengan MY, facebooker friendku yang selama ini hanya berbicara di alam maya. Nah, di sana kami dapat bertentang mata dan berbual mesra. Agar jalinan persahabatan ini akan terus berkekalan. Insya-Allah...

Friday, June 18, 2010

@NILAI (BUKIT MAHKOTA)

Salam pagi Sabtu. Sepagi di Nilai... Hmm, segar dan nyaman pepagi buta ni... Masih sunyi dan aku sedang menikmati keadaan perseketiran kejiranan umah sepupuku. Tak tau le kejap lagi, mungkin menderu-deru kenderaan keluar masuk.
Malam tadi sampai agak lewat. Tapi, bila dah berbual dan bergossip dengan sepupu-sepupu dan isteri/suami mereka sekalian, rasa macam malam masih muda aje. hehe... pukul 2.oo a.m baru masuk tido.
Hari ni, Insya-Allah saya akan berada di MPH MIDVALLEY dalam pukul 3.00-4.00 petang nanti untuk sesi beramah mesra dengan pembaca dan peminat novel semua. Jumpa di sana ya! Jadikan pertemuan itu nanti sebagai penyambung silaturahim antara kita. Yang jauh kita dekatkan. Yang dekat kita mesrakan. Insya-Allah...