Monday, June 28, 2010

BANJIR!

Salam semua!!!
Aduhai... tak larat rasanya meredah air lg. Tapi apakan daya, kena redah jugak. Sebenarnya dari hari Sabtu lagi air dah start bertakung di kawasan rumah... Tapi, takat tu ajelah... Semalam, hari Ahad dah mula meresap sikit-sikit kat dalam rumah... Pun masih boleh bertenang.
Hari ni keje. Tapi hati rasa lain macam aje. Terus ambik cuti separuh hari. Sampai rumah jek, tengok dapur dah rata air. Adeh! Nak demam dah rasa badan. Kena pulak berendam dalam air, paling tak suka.
Bermulalah proses mengemas dan memindahkan barang ke tempat yang lebih tinggi. Nasib baik selepas banjir besar tahun 2006 dulu, banyak barang2 memang dah simpan dalam kotak. Senang sikit kerja. Langkah berjaga-jaga sebenarnya.
Letih! Tak usah cakaplah. Rasa nak tercabut urat pinggang. Tapi tetap tak boleh nak berehat. Anak-anak tetap kena pantau. Pantang lepa. Asyik nak main air aje. Tu yang risau dibuatnya.
Harap-harap banjir kali ni taklah teruk sangat. Dah tak larat!!!!

Monday, June 21, 2010

MPH MIDVALLEY (19/06/2010)-satu kenangan terindah.






Salam semua!!!
Event di MPH MIDVALLEY telah memberikan aku pengalaman yang begitu berharga. Ini pengalaman pertamaku berinterksi secara terbuka di depan public. Wah! Gementar sangat. Tapi, Alhamdulillah, aku kira semuanya berjalan lancar.
Berkesempatan bertemu dengan 2 orang lagi penulis. Resmanshah dan Mersik Romoyu. Resmanshah pernah aku temui ketika di pesta buku di PWTC pada bulan Mac yang lalu. Sekali lagi kita bertemu. Manakala Mersik Romoyu, inilah kali pertama kami bertemu. Tak banyak yang kami bicarakan disebabkan kekangan masa. Yang seronoknya, Mersik Romoyu juga berasal dari Batu Pahat. Sedaerah kita!
Juga aku berkesempatan bertemu dengan MY, facebooker friendku yang selama ini hanya berbicara di alam maya. Nah, di sana kami dapat bertentang mata dan berbual mesra. Agar jalinan persahabatan ini akan terus berkekalan. Insya-Allah...

Friday, June 18, 2010

@NILAI (BUKIT MAHKOTA)

Salam pagi Sabtu. Sepagi di Nilai... Hmm, segar dan nyaman pepagi buta ni... Masih sunyi dan aku sedang menikmati keadaan perseketiran kejiranan umah sepupuku. Tak tau le kejap lagi, mungkin menderu-deru kenderaan keluar masuk.
Malam tadi sampai agak lewat. Tapi, bila dah berbual dan bergossip dengan sepupu-sepupu dan isteri/suami mereka sekalian, rasa macam malam masih muda aje. hehe... pukul 2.oo a.m baru masuk tido.
Hari ni, Insya-Allah saya akan berada di MPH MIDVALLEY dalam pukul 3.00-4.00 petang nanti untuk sesi beramah mesra dengan pembaca dan peminat novel semua. Jumpa di sana ya! Jadikan pertemuan itu nanti sebagai penyambung silaturahim antara kita. Yang jauh kita dekatkan. Yang dekat kita mesrakan. Insya-Allah...

Thursday, June 17, 2010

HAPPY BIRTHDAY, MY GURL!!! Hari ni (18/06/2010), umur Aleya dah 8 tahun. Dah beso anak ibu... be good ya kakak. Jadi anak yg baik dan solehah. Ibu sentiasa doakan Leya dalam apa jua keadaan. Hmm... kadang-kadang ibu rindu masa Leya kecik... Leya nakal tapi cute and tembam. Sekarang ni pun Leya cute tapi Leya terlebih nakal. Itu yang buat ibu selalu 'naik hangin'. Jangan buat ibu macam tu lagi tau!
Nothing special yang ibu nak beri hari ni. Sekadar kasih sayang dan doa yang tak berpenghujung. Senang hati ibu tengok Leya makan bertambah-tambah tadi. Terima kasih kerana menghargai penat lelah ibu memasak hari ini. Sayang Leya dan Ayie juga. Muuaaahhh!!!!

Wednesday, June 16, 2010

RINDU JADI SAKSI...

Novel pertamaku. Payah dan sukar, itulah yang boleh aku gambarkan ketika proses menyiapkannya. Payah, kerana aku memang tiada basic dalam bidang ini. Namun kerana minat yang tinggi dalam bidang ini, aku keraskan hati dan kuatkan semangat juga. Sukar, kerana dipertengahan jalan, ketika ideaku sedang lebat bak hujan yang mencurah-curah, laptopku pula buat hal. Access untuk Word programming hilang dan semua data yang tersimpan juga hilang tanpa jejak. Menangis tak berlagu aku dibuatnya. Berminggu-minggu aku rasa 'down' sangat. Tak dapat kugambarkan dengan kata-kata betapa aku rasa sedih saat itu. Tapi, syukur alhamdulillah kerana aku masih dikurniakan dengan akal yang tajam untuk mengingati semula setiap jalan cerita yang sudah aku tulis itu. Tanpa banyak masalah, aku dapat menulis semula dan menyiapkan manuskrip tersebut dalam masa sebulan saja kerana jalan ceritanya sudah sebati dalam minda. Seronok! Itu gambaran akhir bila manuskripku diterima oleh syarikat penerbitan. Tak terluah dengan kata-kata betapa gembiranya aku saat itu. Usahaku tidak sia-sia. Kepayahan dan kesukaranku pasti terbalas. Hanya Allah yang tahu...

~Buat pembaca dan peminat novel semua, terimalah karyaku yang tak seberapa. Ini bingkisan pertama. Pasti banyak kekurangannya. Insya-Allah, jika diberi peluang untuk terus berjuang di medan ini, aku akan terus memperbaiki diri.~

IMPIAN...

Salam semua!!!
Syukur alhamdulillah... akhirnya blog yang saya cuba buat menjadi juga. Al maklumlah, seorang insan yang bukanlah berapa celik IT macam saya ni, memang merasa payah untuk merealisasikan wujudnya sebuah blog. Bukan setakat memakan masa dek kekangan kerja dan sebagainya, juga disebabkan kesibukan mencari material untuk penulisan seterusnya menjadikan saya kurang punya kesempatan untuk menyudahkan proses kewujudan blog ini. Namun akhirnya, inilah hasilnya... SELAMAT DATANG WAHAI SEMUA.