Wednesday, June 16, 2010

RINDU JADI SAKSI...

Novel pertamaku. Payah dan sukar, itulah yang boleh aku gambarkan ketika proses menyiapkannya. Payah, kerana aku memang tiada basic dalam bidang ini. Namun kerana minat yang tinggi dalam bidang ini, aku keraskan hati dan kuatkan semangat juga. Sukar, kerana dipertengahan jalan, ketika ideaku sedang lebat bak hujan yang mencurah-curah, laptopku pula buat hal. Access untuk Word programming hilang dan semua data yang tersimpan juga hilang tanpa jejak. Menangis tak berlagu aku dibuatnya. Berminggu-minggu aku rasa 'down' sangat. Tak dapat kugambarkan dengan kata-kata betapa aku rasa sedih saat itu. Tapi, syukur alhamdulillah kerana aku masih dikurniakan dengan akal yang tajam untuk mengingati semula setiap jalan cerita yang sudah aku tulis itu. Tanpa banyak masalah, aku dapat menulis semula dan menyiapkan manuskrip tersebut dalam masa sebulan saja kerana jalan ceritanya sudah sebati dalam minda. Seronok! Itu gambaran akhir bila manuskripku diterima oleh syarikat penerbitan. Tak terluah dengan kata-kata betapa gembiranya aku saat itu. Usahaku tidak sia-sia. Kepayahan dan kesukaranku pasti terbalas. Hanya Allah yang tahu...

~Buat pembaca dan peminat novel semua, terimalah karyaku yang tak seberapa. Ini bingkisan pertama. Pasti banyak kekurangannya. Insya-Allah, jika diberi peluang untuk terus berjuang di medan ini, aku akan terus memperbaiki diri.~

No comments:

Post a Comment